mangga ads

mangga ads

Sunday, July 15, 2012

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 aka Rules Of Court 2012

Termaktub sudah sekarang bahawa Kaedah2 Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi 1980 (Sub Court Rules and Rules Of High Court 1980) telah digabungkan dan digantikan dengan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Kaedah ini adalah terpakai kepada kes2 sivil Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Malaysia.

Objektif utamanya adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan prosedur sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian sistem keadilan di Malaysia.

Ciri-ciri utamanya adalah :-

1) prosedur  sivil Mahkamah Rendah dan Tinggi diseragamkan dan dipermudahkan
2) teks sahih dibuat dalam Bahasa Malaysia
3) cara memulakan kes dipermudahkan hanya kepada 2 cara iaitu writ saman dan saman pemula
4) permohonan interlokuteri diseragamkan dengan hanya menggunakan notis permohonan - tiada lagi saman dalam kamar atau sebagainya.

Untuk makluman semua dan kepada pengamal undang-undang khasnya, Kaedah ini akan dikuatkuasakan mulai 1hb Ogos 2012. 

Maka, dapatkanlah salinan teks Kaedah ini di laman web www.federalgazette.agc.gov.my, www.kehakiman.gov.my atau www.malaysianbar.org.my

No comments:

Post a Comment

Leave Your Lovely Message Here