mangga ads

mangga ads

Monday, January 31, 2011

Pertikaian Dalam Kes Melibatkan Harta Pusaka

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,


Lama juga tak update n3 dalam blog ni...rasa nak ulas sedikit berkenaan dengan tajuk di atas tapi kali ni aku tak nak membicarakan kes-kes yang melibatkan syariah. Dengan kata lain, hari ni, aku nak cakap pasal pergi harta pusaka bagi non muslim...

Perkara utama yang harus dibincangkan adalah adakah orang yang meninggal dunia itu ada membuat wasiat atau will sebelum beliau  pergi untuk selama-lamanya...
Dalam membuat wasiat, mestilah seseorang itu mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang saksi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 5 (1) Akta Wasiat 1959 tetapi di dalam seksyen tersebut tidak memperuntukkan cara bagaimana penyaksian itu dibuat iaitu samada ia perlu secara bertulis atau dengan kehadiran sahaja sudah mencukupi. Apabila seksyen itu sendiri memberi kebebasan cara bagaimana penyaksian perlu dilakukan, maka dengan sekurang-kurangnya kehadiran 2 orang saksi atau lebih di dalam satu-satu penyediaan wasiat, maka wasiat itu adalah sah di sisi undang-undang.

Maknanya, adalah perlu ketika si mati menandatangani wasiat tersebut, beliau faham akan kandungannya dan menerima wasiat itu tanpa paksaan mana-mana pihak. Untuk makluman kita semua, wasiat yang sah akan membatalkan wasiat yang dibuat terdahulu secara automatik.

Sekiranya terdapat wasiat yang sah, maka waris yang dinyatakan di dalam wasiat membuat permohonan Probet mengikut kepada Akta Pentadbiran dan Probet 1959 di dalam bidangkuasa Mahkamah di mana harta-harta tersebut terletak dan di sini permohonan ini dibuat untuk melantik pelaksana bagi waris tersebut mengikut kepada kandungan wasiat yang ada dan pelaksana (executor) yang dilantik wajiblah mematuhi kehendak wasiat dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Namun sekiranya tiada wasiat dibuat maka satu permohonan Surat Pentadbiran (LA) mestilah dibuat untuk membolehkan Mahkamah memutuskan siapa pentadbir bagi harta-harta si mati, Di sini , beberapa perkara perlu dilakukan oleh pihak yang ingin memohon menjadi pentadbir seperti kebenaran daripada waris-waris yang sah yang mana membenarkan pemohon menjadi pentadbir bagi harta-harta tersebut.

Di dalam perkara di mana terdapat bantahan atau tiada persetujuan daripada waris lain berkenaan dengan pembahagian harta pusaka tersebut, maka perbicaraan perlu dilakukan untuk membuktikan bahawa pemohon merupakan orang yang paling layak untuk mentadbir harta pusaka si mati dan dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah, LA tersebut adalah mutlak sehinggalah dibuktikan sebaliknya oleh pihak2 yang tidak berpuashati.

Sebenarnya kalo nak citer pasal probet dan LA ni, banyak lagi, insyaAllah...ada masa aku akan huraikan beberapa kemusykilan tentang perkara dan perbezaannya dgn wasiat bagi orang2 Islam.

Sekian wassalam....