mangga ads

mangga ads

Tuesday, August 3, 2010

Undang-Undang dan Anda : Loyer2u.com: Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah

Undang-Undang dan Anda : Loyer2u.com: Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah: "Salam semua... Rasanya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika hendak membeli rumah atau tanah. Akhirnya, ada juga yang ..."

Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah

Salam semua...

Rasanya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika hendak membeli rumah atau tanah. Akhirnya, ada juga yang tertipu kepada broker2 yang hanya pentingkan keuntungan berbanding membantu dalam urusan jual beli ini.

Terdapat beberapa tips yang perlu diketahui sebelum anda menyerahkan sebarang duit deposit samada sebagai duit booking atau duit penanda kepada pihak penjual :-

1)  Sekiranya anda mengetahui tentang sebuah rumah atau tanah melalui internet atau iklan, pastikan yang tanah atau rumah tersebut betul2 wujud...so untuk pastikan perkara itu kenalah turun padang untuk lihat lokasi.


2) Lihat geran asal (original) tanah atau rumah tersebut...bukan yang fotostat ok. Banyak yang tertipu dengan cara broker2 yang hanya memberikan sesalinan geran fotostat yang akhirnya membawa kepada penipuan.

3) Lihat lokasi tanah atau rumah atas geran samada betul seperti yang diiklankan. Keluasannya, syarat-syarat dan sekatan yang terdapat di atas geran.

4) Pastikan tentang status tanah atau rumah tersebut samasa lot bumi, international, kurnia, kekal atau pajakan. Sekiranya pajakan maka lihat berapa lagi pajakan yang tinggal. Kalo tinggal lagi separuh atau sedikit sahaja, maka peluang anda untuk mendapat loan yang tinggi memang sukar. Selain, ada juga pihak yang cuba menjual tanah berstatus TOL, dengan mengatakan permohonan sudah dilakukan, jangan terpedaya dengan tipu muslihat ini. Mungkin benar ada permohonan tetapi kelulusan masih belum pasti!

5) Sekiranya tanah itu merupakan tanah kurnia, maka perlu dilihat bilakah tarikh pendaftaran tanah tersebut. Sekiranya dibawah 5 tahun daripada tarikh mula didaftarkan, maka sekiranya permohonan untuk longgar sekatan yang biasanya boleh diluluskan tetapi penjual akan didenda. Sekatan ini biasanya dinyatakan di atas geran.

6) Bagi rumah pula, jikalau rumah itu merupakan satu rumah kos rendah, maka di atas geran juga akan terdapat sekatan yang sekatan ini juga perlu dilonggarkan dengan membuat permohonan kepada pejabat tanah.

7) Setelah berpuashati dengan semuanya, tentang lokasi rumah atau tanah, kedudukannya, kondisinya maka perkara yang paling utama adalah berjumpa dengan Peguam yang terdekat dengan kawasan tanah atau rumah tersebut. Maksudnya Peguam yang berada di dalam daerah rumah atau tanah tersebut untuk memudahkan semua transaksi dilakukan.

8) Untuk memastikan harga jualan adalah mengikut nilai pasaran dan tidak ditekan terlalu tinggi, bolehlah mengupah juru penilai untuk menilai harga pasaran rumah atau tanah terlebih dahulu. Penilaian yang dibuat ini boleh digunakan ketika memohon pinjaman nanti.

9) Berbincang dengan penjual sendiri bukannya dengan broker adalah jalan terbaik untuk memastikan kita tidak ditekan dengan harga yang di mark-up oleh broker2 yang meinginkan komisyen jualan yang tinggi.
10) Sebelum meneruskan hajat untuk membeli, boleh juga anda pastikan sekiranya ingin memohon pinjaman daripada institusi kewangan, membuat satu carian atau dengan kata lain "windows shopping" untuk membandingkan bank mana yang boleh memberikan lebih pinjaman dengan interest yang rendah.

11) Perkara terakhir sebelum anda memutuskan hasrat untuk membeli, boleh juga membuat carian kebangkrapan atas penjual dan carian hartanah yang hendak dijual samada terdapat beban atau sekatan lain.

Tuesday, July 6, 2010

Isu Rogol Gadis Bawah Umur

Salam semua.....

Apa yang dinamakan gadis bawah umur mengikut kepada istilah undang-undang?

Mengikut kepada peruntukkan undang-undang sedia ada, gadis bawah umur ditujukan kepada gadis2 dibawah umru 16 thn dan sekiranya berlaku persetubuhan dgn gadis bwh 16 thn ini, samada secara paksa atau rela, maka ia adalah rogol dibawah statutory (peruntukkan undang-undang) dan ia adalah tertakluk kepada seksyen 376 Kanun Keseksaan dan hukumannnya adalah penjara maksimum 20 thn dan/tanpa sebatan.
Ini yang aku rungsingkan sekarang kerana ramai lelaki terjebak dgn kesalahan ni akibat daripada kenaifan mereka sendiri dan memikirkan bahawa sekiranya ada kerelaan daripada pasangan mereka, mereka akan terlepas daripada kesalahan ini...sekiranya tiada laporan polis dibuat oleh gadis bawah ini,  tiada masalah di dunia ni, tapi sekiranya ada laporan polis dibuat, maka tanpa keraguan polis akan mengambil tindakan dibawah seksyen yang saya sebutkan di atas tadi.

Yang biasa berlaku adalah, gadis2 bawah umur yang terlibat adalah gadis2 yang sudah biasa dgn hidup sosial dan bercampur dgn ramai lelaki, biasanya mereka rela dgn tindakan mereka tetapi kemungkinan atas desakan ibubapa atau ahli keluarga yang lain, maka laporan polis dibuat...inilah permulaannya terhadap tindakan oleh pihak polis.

Apa yang ingin aku katakan kat sini adalah statutory rape pada aku dah tak relevan dan praktikal sekarang khasnya kepada gadis bawah umur 16 thn  ni kerana kita boleh lihat pada keruntuhan moral yang berlaku dan rasanya kebanyakkan kes yang berlaku adalah dgn penuh kerelaan oleh gadis tersebut dan mereka adalah sebenarnya cukup matang untuk memikirkan sebab dan akibat perbuatan mereka. Pada aku umur tersebut sekarang ni perlu diturunkan kepada 14 atau 12 thn ke bawah yang rasanya lebih adil kepada pihak lelaki...walaupun aku bukannya sokong terhadap mana2 persetubuhan haram samada rela ataupun tidak...dan pada aku sekiranya mmg benar ada persetubuhan haram secara rela, maka  tindakan dari segi syariah perlu di ambil!



Aku rasa kat sini wajiblah kita  kembali kepada Al Quran dan Sunnah agar diri kita lebih berhati-hati terhadap apa jua tindakan kita....semoga diri kita dilindungi Allah sw hendaknya....

Thursday, June 24, 2010

Apa Yang Perlu Anda Buat Sekiranya berlakunya Kemalangan

Salam semua....

Kemalangan? Mau buat tuntutan insurans...sekiranya ya sila lihat dibawah.

Yang penting pertamanya...buat laporan polis secepat yang mungkin selepas berlakunya kemalangan..(sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kemalangan)...namun jika and mengalami kecederaan yang serius dan tidak boleh membuat laporan tersebut, mintalah ahli keluarga atau sahabat untuk membuatnya bagi pihak anda tetapi anda juga perlu membuat satu lagi laporan selepas anda berupaya untuk berbuat demikian.

Pergilah berjumpa dengan mana-mana firma Guaman yang menjalankan tuntutan insurans...paling penting jangan terpengaruh dengan pihak2 yang cuba membawa anda ke firma pilihan mereka kerana hak untuk memilih peguam yang baik adalah terletak ditangan anda sendiri...jangan terpedaya dengan janji-janji manis dan taburan wang ringgit yang ingin diberikan sekiranya anda mengambil mereka sebagai peguam mereka. Ada juga pihak penarik kereta yang cuba mengambil kesempatan...di sini anda perlulah berhati-hati.

Selepas anda melantik mana2 firma guaman untuk menjalankan urusan tuntutan, ikut arahan yang diberikan oleh mereka dan bersabar sementara tuntutan diuruskan oleh Peguam.

Kebiasaanya urusan tuntutan mengambil masa bergantung kepada 2 perkara iaitu liabiliti ( siapa salah) dan gantirugi yang dituntut berdasarkan kepada kecederaan dan kerosakan terhadap kenderaan.Kadangkala kita hanya melihat kepada keseriusan kecederaan atau kerosakan tetapi tidak melihat kepada liabiliti kerana siapa yang menjadi punca kepada kemalangan itu adalah amat penting dan gantirugi adalah berdasarkan kepada liabiliti dan akan dibahagikan berdasarkan peratusan liabiliti.

Kebiasaannya sekiranya kecederaan yang serius memerlukan laporan perubatan untuk menunjukkan tahap kecederaan dan untuk lebih detail biasanya pihak Peguam akan mengarahkan anak guam untuk membuat pemeriksaan daripada hospital pakar. Di sini, kos untuk mendapatkan pemeriksaan pakar adalah ditanggung oleh pihak yang membuat tuntutan.

Jangan risau tentang urusan tuntutan kerana semuanya akan diuruskan oleh firma Guaman yang dilantik.

Semoga nasihat ini memberikan sedikit manfaat kepada kita semua...insyaAllah.

Salam Perkenalan

Salam...

Blog ni aku buat utk mengupas isu undang-undang bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi semata-mata untuk menjelaskan sebarang kekusutan dan masalah yg kadang-kadang kita tak tau bagaimana untuk menyelesaikannya...

InsyaAllah aku akan membantu apa yang terdaya...semoga dengan adanya blog ini...sekurang-kurangnya dapatlah aku membuat amal kepada korang semua....

salam dari loyer2u.com