mangga ads

mangga ads

Tuesday, August 3, 2010

Undang-Undang dan Anda : Loyer2u.com: Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah

Undang-Undang dan Anda : Loyer2u.com: Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah: "Salam semua... Rasanya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika hendak membeli rumah atau tanah. Akhirnya, ada juga yang ..."

Tips Ketika Ingin Membeli Rumah Atau Tanah

Salam semua...

Rasanya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika hendak membeli rumah atau tanah. Akhirnya, ada juga yang tertipu kepada broker2 yang hanya pentingkan keuntungan berbanding membantu dalam urusan jual beli ini.

Terdapat beberapa tips yang perlu diketahui sebelum anda menyerahkan sebarang duit deposit samada sebagai duit booking atau duit penanda kepada pihak penjual :-

1)  Sekiranya anda mengetahui tentang sebuah rumah atau tanah melalui internet atau iklan, pastikan yang tanah atau rumah tersebut betul2 wujud...so untuk pastikan perkara itu kenalah turun padang untuk lihat lokasi.


2) Lihat geran asal (original) tanah atau rumah tersebut...bukan yang fotostat ok. Banyak yang tertipu dengan cara broker2 yang hanya memberikan sesalinan geran fotostat yang akhirnya membawa kepada penipuan.

3) Lihat lokasi tanah atau rumah atas geran samada betul seperti yang diiklankan. Keluasannya, syarat-syarat dan sekatan yang terdapat di atas geran.

4) Pastikan tentang status tanah atau rumah tersebut samasa lot bumi, international, kurnia, kekal atau pajakan. Sekiranya pajakan maka lihat berapa lagi pajakan yang tinggal. Kalo tinggal lagi separuh atau sedikit sahaja, maka peluang anda untuk mendapat loan yang tinggi memang sukar. Selain, ada juga pihak yang cuba menjual tanah berstatus TOL, dengan mengatakan permohonan sudah dilakukan, jangan terpedaya dengan tipu muslihat ini. Mungkin benar ada permohonan tetapi kelulusan masih belum pasti!

5) Sekiranya tanah itu merupakan tanah kurnia, maka perlu dilihat bilakah tarikh pendaftaran tanah tersebut. Sekiranya dibawah 5 tahun daripada tarikh mula didaftarkan, maka sekiranya permohonan untuk longgar sekatan yang biasanya boleh diluluskan tetapi penjual akan didenda. Sekatan ini biasanya dinyatakan di atas geran.

6) Bagi rumah pula, jikalau rumah itu merupakan satu rumah kos rendah, maka di atas geran juga akan terdapat sekatan yang sekatan ini juga perlu dilonggarkan dengan membuat permohonan kepada pejabat tanah.

7) Setelah berpuashati dengan semuanya, tentang lokasi rumah atau tanah, kedudukannya, kondisinya maka perkara yang paling utama adalah berjumpa dengan Peguam yang terdekat dengan kawasan tanah atau rumah tersebut. Maksudnya Peguam yang berada di dalam daerah rumah atau tanah tersebut untuk memudahkan semua transaksi dilakukan.

8) Untuk memastikan harga jualan adalah mengikut nilai pasaran dan tidak ditekan terlalu tinggi, bolehlah mengupah juru penilai untuk menilai harga pasaran rumah atau tanah terlebih dahulu. Penilaian yang dibuat ini boleh digunakan ketika memohon pinjaman nanti.

9) Berbincang dengan penjual sendiri bukannya dengan broker adalah jalan terbaik untuk memastikan kita tidak ditekan dengan harga yang di mark-up oleh broker2 yang meinginkan komisyen jualan yang tinggi.
10) Sebelum meneruskan hajat untuk membeli, boleh juga anda pastikan sekiranya ingin memohon pinjaman daripada institusi kewangan, membuat satu carian atau dengan kata lain "windows shopping" untuk membandingkan bank mana yang boleh memberikan lebih pinjaman dengan interest yang rendah.

11) Perkara terakhir sebelum anda memutuskan hasrat untuk membeli, boleh juga membuat carian kebangkrapan atas penjual dan carian hartanah yang hendak dijual samada terdapat beban atau sekatan lain.