mangga ads

mangga ads

Thursday, June 24, 2010

Apa Yang Perlu Anda Buat Sekiranya berlakunya Kemalangan

Salam semua....

Kemalangan? Mau buat tuntutan insurans...sekiranya ya sila lihat dibawah.

Yang penting pertamanya...buat laporan polis secepat yang mungkin selepas berlakunya kemalangan..(sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kemalangan)...namun jika and mengalami kecederaan yang serius dan tidak boleh membuat laporan tersebut, mintalah ahli keluarga atau sahabat untuk membuatnya bagi pihak anda tetapi anda juga perlu membuat satu lagi laporan selepas anda berupaya untuk berbuat demikian.

Pergilah berjumpa dengan mana-mana firma Guaman yang menjalankan tuntutan insurans...paling penting jangan terpengaruh dengan pihak2 yang cuba membawa anda ke firma pilihan mereka kerana hak untuk memilih peguam yang baik adalah terletak ditangan anda sendiri...jangan terpedaya dengan janji-janji manis dan taburan wang ringgit yang ingin diberikan sekiranya anda mengambil mereka sebagai peguam mereka. Ada juga pihak penarik kereta yang cuba mengambil kesempatan...di sini anda perlulah berhati-hati.

Selepas anda melantik mana2 firma guaman untuk menjalankan urusan tuntutan, ikut arahan yang diberikan oleh mereka dan bersabar sementara tuntutan diuruskan oleh Peguam.

Kebiasaanya urusan tuntutan mengambil masa bergantung kepada 2 perkara iaitu liabiliti ( siapa salah) dan gantirugi yang dituntut berdasarkan kepada kecederaan dan kerosakan terhadap kenderaan.Kadangkala kita hanya melihat kepada keseriusan kecederaan atau kerosakan tetapi tidak melihat kepada liabiliti kerana siapa yang menjadi punca kepada kemalangan itu adalah amat penting dan gantirugi adalah berdasarkan kepada liabiliti dan akan dibahagikan berdasarkan peratusan liabiliti.

Kebiasaannya sekiranya kecederaan yang serius memerlukan laporan perubatan untuk menunjukkan tahap kecederaan dan untuk lebih detail biasanya pihak Peguam akan mengarahkan anak guam untuk membuat pemeriksaan daripada hospital pakar. Di sini, kos untuk mendapatkan pemeriksaan pakar adalah ditanggung oleh pihak yang membuat tuntutan.

Jangan risau tentang urusan tuntutan kerana semuanya akan diuruskan oleh firma Guaman yang dilantik.

Semoga nasihat ini memberikan sedikit manfaat kepada kita semua...insyaAllah.

Salam Perkenalan

Salam...

Blog ni aku buat utk mengupas isu undang-undang bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi semata-mata untuk menjelaskan sebarang kekusutan dan masalah yg kadang-kadang kita tak tau bagaimana untuk menyelesaikannya...

InsyaAllah aku akan membantu apa yang terdaya...semoga dengan adanya blog ini...sekurang-kurangnya dapatlah aku membuat amal kepada korang semua....

salam dari loyer2u.com